6 Jul 2011

solat, ibu bapa, jihad

Ada hadis yang menceritakan bahawa seorang sahabat pernah bertanya nabi, apakah amal yang baik?


Lalu nabi menjawab: solat pada awal waktu.
Lalu sahabat itu bertanya: kemudian apa lagi?
Lalu nabi menjawab: berbakti kepada kedua orang tua.
Lalu sahabat itu bertanya: kemudian apa lagi?
Lalu nabi menjawab: berjihad di jalan Allah.


Seorang islam perlu utamakan solat dahulu dari urusan ibu bapa dan dakwah. Apabila solatnya sudah dipelajari dengan baik serta memahami rukun dan kaifiat. Dia ditetapkan pula menjaga ibu bapanya, seandainya urusan jihad bertembung dengan urusan ibu bapa. Maka, dia perlu utamakan ibu bapanya dahulu. Ini merujuk kepada Sahih Bukhari.


Pernah seorang sahabat nabi mahu ke medan perang.
Nabi bertanya: adakah kamu masih punya kedua ibu bapa?
Jawab pemuda itu: ya.
Lalu nabi tanya: seandainya kamu mati, adakah di sana orang lain yang akan menjaga makan minum kedua ibu bapa kamu?
Jawab lelaki itu: tiada, hanya aku yang mampu menjaganya.
Lalu nabi berkata: pulanglah kepada ibu bapanya dan jagalah mereka sehingga mereka sudah tiada. Setelah selesai menjaga mereka, baru kamu diizinkan untuk berjihad.

petikan dari Kala Cinta dan Wahyu Bersatu