13 Aug 2011

maafkan aku kawan

Entry nie khas aku tulis untuk kawanku, Dayah.

Maafkan aku sebab aku berkasar n tak hiraukan kamu sepanjang final exam hari tue. Memang aku menyesal sangat sebab hal tue, aku hilang kawan. Kamu. Sesungguhnya kamu lebih tahu akan diriku kerana banyak masalah dan tentang aku, aku ceritakan pada kamu. Jadi, ku anggap kamu sangat memahami aku. Rupe2nye aku silap. Kamu sudah tidak mampu bertahan dengan sikap aku hingga kamu boleh buang aku jauh2. 

Memang sepanjang final exam, aku akui aku banyak menyakitkan hatimu sehingga menganggap seperti kamu tiada didepanku. Tidak mengakui kewujudanmu. Aku tahu kamu sangat kecewa dan terluka kerna aku sangat faham naluri hatimu tapi tidak pernah aku berniat mahu membuat kamu begitu. Sehingga saat2 terakhir kita bersama, sebelum kamu berangkat pulang, aku masih dengan sikapku. Aku ego.

Ketahuilah yang aku sangat menyesal kerna tidak sempat mohon maaf dan memelukmu buat kali terakhir. Aku benci denganku yang sangat2 kamu tahu n benci sikapku. Sebenarnya, aku memang bercadang nak bersalam, memeluk dan memohon maaf darimu, tapi oleh kerana malu, ego dan penting diri, aku biarkan kamu berlalu pergi. Sungguh kejam diriku.

Sebenarnya, semua terjadi kerana tekanan diriku sendiri. Marah, sakit hati, dengki dan semua yang bercampur membuatkan aku bertindak sebegitu. Termasuklah exam yang belum habis dan thesis yang sangat membuat aku tertekan. Lantaran itu, aku memilih untuk menyendiri dan melarikan diri.

Oleh kerana berasa amat bersalah dengan tindakan aku, aku telah kuatkan hatiku untuk menghubungi kamu setelah hampir sebulan kita pulang ke tempat asal di mana pada masa itu aku dapat tahu kamu sudah mendapat kerja. Alhamdulillah rezeki berpihak padamu kerna kamu orang yang dizalimi. Namun, panggilan dan mesej pesanan ringkas ku tidak berbalas. Hampir 3jam aku berusaha menghubungi kamu, akhirnya aku terima jawapan yang menghampakan. Kamu menganggap aku sudah tidak mahu berkawan dengan kamu. Padahal, aku bertindak begitu kerana emosi. Aku ingatkan kamu tahu bahwa aku orang yang selalu rindukan kawan bila jauh, lebih2 lagi mereka yang tahu semua tentang aku. Seperti adik beradik. Tapi aku silap, kamu xsame dengan yang lain. Aku pasrah, aku tidak mahu mendesak. Siapa aku untuk memaksa kamu menjadi kawanku. Jadi, aku biarkan kamu sendiri.

Selepas hari itu, aku tidak menghubungi kamu lagi, tapi aku selalu ambil tahu pasal kamu dari fb. Aku selalu ingat kamu sebagai kawan baik aku. Aku xlupe untuk menjemput kamu ke majlis pernikahan aku nanti kerna itu lah masa untuk aku ketemu kamu. Tapi aku doakan semoga aku dapat berjumpa dan memohon maaf dari kamu kerna aku tahu aku banyak menyakiti kamu. Aku bukan kawan yang baik. Hari nie aku dapat tahu aku bukan kawan kamu lagi di fb. Mungkin juga bukan kawan selamanya. Mungkin kamu da lupekan segala2nye mengenai aku.

Jika aku tidak berkesempatan bertemu denganmu dan memohon maaf, ku pohon dengan hati yang jujur dan ikhlas atas kekhilafan yang sangat menyakitkan. Tidak pernah ku bayangkan inilah pengakhiran persahabatan kita. Aku doakan kamu bahagia bersama pilihanmu dan keluargamu serta berjaya dalam apa jua bidang yang kamu ceburi. Jika aku menyesakkan fikiranmu, aku redha aku didelete dari kisah silammu. Maafkan aku.

"Aku sayang kamu, maafkan aku. Kau teman baikku selamanya"

10 Aug 2011

Kesian kucing

Cite nie baru je berlaku maren dulu kat umoh mok cik ambe. Saje g jalang 2,3 ari umoh dare.

Petang tue, ambe tengok kucing kelabu tue duk ngekor ambe, bekali ye lapo sebab dop v makan ag ari tue. Ambe pon gaul la nasi ngan ikan rebus 2 ekor, bubuh kuoh sket. Dang molek sudoh, ambe pon g la alik lakang, kat berande luo. Betolan ruang sempit je antara beranda ngan dapur. Dan moleh ambe letok, kucing kelabu g la makan. Ade sekor ag kucing warna oreng nok g makang gok.Nok lalu la kat hok ambe diri tue, ruang antara dapur nge beranda. Dengor la mok cik ambe kata, macam pacat je kat mulut kucing tue.

Ambe mende lagi, tepik pah depan rumoh la dengor. Sebab kejut ambe tepik, kucing oren tue stop. Ambe berenti tepik. Die pon nok langkoh nok lalu kat ambe, ambe pon tepik mula. 2 kali tepik. Kejut hok tue, die pon jalan pusing mula g duk bawoh meja. Siang guh ke kucing tue. Ambe pon lalu la. Lame die duk bawoh meja tue. Mok cik ambe g la letok die kat beranda, tapi die buleh je duk situ tengok kucing kelabu makang. Ambe rasa die ingat ambe maroh die makang asenye.

Bile kucing kelabu kenyang, die pon lari. Barulah kucing oren g makang. Cian goh. Mitok maaf la kucing, ambe bukang maroh ke mung, ambe geli nge pacat, tue ambe tepik sapa berair mata2 ow. Mitok maap neh. =)