20 Oct 2011

Not finished yet

Rabu. Aku bercadang nak jumpe Dr untuk tunjukkan proposal untuk sambung master. Actually, aku kena jupe secepat mungkin, Selasa la sebab Rabu aku kerja. Oleh kerana malas nak buat sebab mak Ku ada lagi kat Kl, jadi aku sesuka hati postpone ke hari Rabu dan sesuke hati juga buat cuti sendiri. Macam biasa aku ambil bas rapid dan Ktm untuk ke universiti. Sebelum jupe Dr mesti ke universiti dulu, hantar pakaian konvo n settle kan apa2 yang perlu. sesampai kat KTM, setelah berbalas msg nagn Dr, aku kena p opis Dr hari Khamis esoknya sebab hari Rabu tue Dr xde kat opis. Aduh.

Malam sebelum tue, aku tido pukul 4.30 pagi sebab siapkan proposal. Pukul 7 dah gerak ke uni. Ngnatuk n penat. Lantak la sape2 nak cakap apa2 sebab aku melentok2 dalam bas.huhu. Setelah settlekan semuanya, aku melepak ngan my bf sampai petang. Petang baru balik berteduh rumah m.cik di Sg Besi.

Petang tue hujan. Renyai2, bukan gerimis. Aku sampai di KTM BTS dalam pukul 7. Setelah melalui jejantas berlainan dari sebelumnya,aku pasrah untuk meredah hujan yang renyai2. Hampir 15minit aku meredah hujan seorang diri di waktu maghrib. Aku kalau boleh malas nak susahkan m.cik datang amek hujan2 nie. Penah mak cik cakap, nak datang datang la sendiri. Jadi, aku decide bek aku teruskan jer. Sampai sesuku jalan, ade akak yang baik hati tumpangkan aku berpayung dengannya. Padahal , aku memang da lencun dah. Akak? actually da sebaya mak aku.huhu. Time kasih akak.

Sesampai kat umah, mak cik xtanye pon aku datang ngan ape, mungkin dia ingat aku naik bas xpon ingat bf anta aku. Masa tengah berjalan sorang2 tue, aku banyak pikirkan nasib diri. Sedih tapi aku kena tabah. Selagi aku ade kudrat, aku kena kuat, aku kena lalui sendiri tanpa susahkan sesiapa kecuali bf ku. huhu.

**sori ye sayang selalu susahkan kamu, suh anta p sana p sini.

Rintangan

Pagi2 lagi, aku bangun, membasuh baju kerja by hand sebabnya hari Rabu keje. Malas nak tangguh. Setelah semua selesai, aku menunngu bas RapidKl untuk ke stesen Mid Valley kerana bas yang lalu di kawasan tempat tinggal aku akan melalui situ. Tak mahu menyusahkan sesiapa, aku mengambil bas ke stesen KTM Mid Valley dan ke Stesen KTM BTS by bus. Dah pukul 10. Ku (panggilan untuk ayah), mok, adik n kawan adik dah sampai  kat rumah mak cik di Sg Besi.

Pukul 11, aku sampai di stesen KTM BTS. Owh. BTS tengah renovate sekarang. Hanya ade lorong berzink biru yang panjang ke jalan besar. Jauh berjalan. Aku dengan 2 beg, satu beg baju kurung yang nak dipakai nanti dan satu beg pakaian konvokesyen. Ya. Aku konvo sesi petang, pukul 1.45 ptg aku mesti berada di luar dewan.
Aku gagahkan diri berjalan di lorong berzink menuju ke jejantas setelah bertanya pada miss India yang kebetulan lalu di situ. Hampir 15minit aku berjalan, aku kuatkan hati menelefon Ku supaya mengambil aku di kaki lima berdekatan flat tinggi. Tapi ayah tersalah faham, ayah tunggu, berpusing2 di jalan lain. Aku pun mati akal mahu perkenalkan tempat itu kerana aku bukan dari situ, begitu juga Ku. Akhirnya, aku teruskan berjalan dan meminta Ku pulang sahaja. Hampir 2blok dari rumah mak cik, Ku melalui kawasan itu. Adalah dari xde kan.

Sesampai di rumah, cepat2 aku iron baju yang nak dipakai petang nanti. Tepat pukul satu, kamu bergerak ke universiti. Xsempat nak makan. Lapar. Penat. Sampainya di universiti, aku terus ke bilik solat. Sempatlah masuk dewan kuliah. Kesian mak, xsempat nak belikan air mineral. Ku memang xmahu masuk dewan, tapi xpe. Aku kenal Ku. Aku xkecil hati n sedih.

Sangat nervous nak ambil scroll tue. Turun je stage, huhu. Sangat gembira dan macam tak percaya I'm finished.

Thanks mak, Ku, adik sebab sudi datang majlis konvokesyen saya. Dapatlah bergambar 3,4 keping ngan mak n adik2. Sebelum balik sempat jugak bergambar ngan Ku. Ntah mana Ku menghilang masa kami semua nak bergambar. LOVE YOU.MAK KU.

4 Oct 2011

Calon Suami


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (QS. An Nur : 26)


Apakah ciri2 memilih calon suami?


1. Islam.
Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :
“ … dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita Mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang Mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” (QS. Al Baqarah : 221)

2. Berilmu dan Baik Akhlaknya.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :
“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang Dien dan akhlaknya kamu redhai maka kawinkanlah ia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerusakan.” (HR. At Tirmidzi)

Carilah calon isteri yang;



Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)


***Dia bukanlah calonnya, tapi dia adalah orangnya yang berjanji untuk bersama. Aku melihat kesetiaannya tapi tiada kesungguhan untuk dia memperbaiki dirinya. Apakah yang harus aku lakukan? Cinta sahaja tidak cukup untuk mengemudi mahligai rumahtangga bersama-sama mendidik anak-anak menjadi anak soleh solehah di jalan Islam yang diredhai Yang Maha Esa.

Aku tidak tahu lagi bagaimana cara melarikan diri, sedangkan aku semakin dekat dengannya. Positive thinking. Mungkin juga aku ditakdirkan berjumpa dengannya untuk mengajak dia ke jalan yang betul. Tapi....