18 Sept 2012

Trip to Gopeng-CSR Merdekakah Aku?

Khamis, 30 Aug 2012
Sangat teruja untuk trip ke Gopeng esok. Walhal lampu suluh, selipar getah xde. Tapi pasrah jela untuk meminjam kat sana nanti. Lepas kerja petang tue, nasib baik my sis-in-law singgah klinik, bolehlah berjalan ke kedai runcit berhampiran beli barang2 keperluan. My sis xsihat, so I drive. Excited jugaklah. Baru kuar parking, tukar gear dua, kete mati kat tengah jalan. Line satu plak tue. Toleh kiri, hand brek xdijatuhkan..huhu..Malu jer.
Lepas maghrib, keluar lagi pegi klinik lagi sebab demam xkurang. Aku dan risau dah (kalau sis xsihat ag, aku kena cancel trip esok.oh noo!)Balik layan anak2 dulu sebab sis nak rehat.Kalau aku yang rehat, xdela trip aku nanti. Bila anak2 tido, baru la aku take time kemas barang2.
Tiba2 cam meriah plak bunyi bunga api. Dalam hati aku, beriya korang nie raya, xabes2 lagi men mercun. Sebelum tido rasa macam nak on fb plak. Baru lah aku tahu rupanya tadi orang men mercun sambut merdeka. Aku plak boleh lupe 31Ogos. Memang xjiwa langsung.


Jumaat, 31Ogos 2012
Lepas punggah2 barang2 masuk bas, kitorang bertolak ke McD. Breakfast dulu. Aku pagi2 memang susah sikit nak makan, xnak memberi kezutan pada perutku. Lagi2 untuk perjalanan yang 3jam gak lah kot. Berhenti di Hentian Rehat Tapah lebih kurang sejam setengah. Alasan, kalau sampai awal pun xtau nak pegi mana. Pekan Gopeng biasa2 jer. Perancangannya sampai2 jer Gopeng kaum Adam bolehlah menunaikan solat Jumaat dulu sebelum kami merentas belantara.

Sekitar pukul 2lebih, sampailah ke hentian pertama. Berlaku pertukaran dari bas ke lori.
Haaa...Semua da excited da.1st time la katakan.

Ke manakah destinasi kami yang seterusnya?