25 Nov 2011

Hidup yang sia-sia

Lusa 26hb Nov 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H. Rupanya, sudah setahun aku dipanjangkan lagi umur hidup di bumi Allah ini. Beruntungnya aku. Tapi aku tidak pernah bersyukur dengan kurniaanNya yang sangat berharga ini. Direnung kembali hari-hari yang lepas, hari-hari ku yang diisi dengan rutin yang sama. Bangun, makan, kerja, menonton, menghadap laptop dan tak lupe keluar bersama si dia.

Sejak berakhirnya praktikal di Lumut Julai yang lepas, mungkin itu kali terakhir aku mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. banyak aktiviti harian seperti di tempat belajar aku abaikan. Aku lupa pada Pencipta. Aku lupa untuk bersyukur atas nikmat Nya. Aku ego dan sombong untuk melakukan suruhanNya. Malah, aku lupe Dia melihat setiap perlakuanku, tingkah laku ku yang salah dan melakukan laranganNya. Semakin hari ku semakin alpa, sehingga la aku terbace post kawan2 yang Muharram bakal bertandang.

Ya Allah, ampunkan aku. Ampukan dosa-dosa yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini dan tahun-tahun yang berlalu, juga tahun yang akan aku tempuh, dosa-dosa kedua ibu bapaku, guru-guruku, rakan-rakan ku, saudara-saudaraku dan muslimin dan muslimat. Ya Allah, semoga tahun yang mendatang ini, aku lebih kuat menempis bisikan-bisikan syaitan dan nafsu, semoga aku lebih dekat denganMu dan kekasihMu Muhammad SAW. Semoga tahun yang mendatang ini lebih baik buat diriku dengan amalan2 yang mendekatkan diriku padaMu Ya Allah.


DOA AKHIR TAHUN HIJRAH
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”
DOA AWAL TAHUN
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


20 Oct 2011

Not finished yet

Rabu. Aku bercadang nak jumpe Dr untuk tunjukkan proposal untuk sambung master. Actually, aku kena jupe secepat mungkin, Selasa la sebab Rabu aku kerja. Oleh kerana malas nak buat sebab mak Ku ada lagi kat Kl, jadi aku sesuka hati postpone ke hari Rabu dan sesuke hati juga buat cuti sendiri. Macam biasa aku ambil bas rapid dan Ktm untuk ke universiti. Sebelum jupe Dr mesti ke universiti dulu, hantar pakaian konvo n settle kan apa2 yang perlu. sesampai kat KTM, setelah berbalas msg nagn Dr, aku kena p opis Dr hari Khamis esoknya sebab hari Rabu tue Dr xde kat opis. Aduh.

Malam sebelum tue, aku tido pukul 4.30 pagi sebab siapkan proposal. Pukul 7 dah gerak ke uni. Ngnatuk n penat. Lantak la sape2 nak cakap apa2 sebab aku melentok2 dalam bas.huhu. Setelah settlekan semuanya, aku melepak ngan my bf sampai petang. Petang baru balik berteduh rumah m.cik di Sg Besi.

Petang tue hujan. Renyai2, bukan gerimis. Aku sampai di KTM BTS dalam pukul 7. Setelah melalui jejantas berlainan dari sebelumnya,aku pasrah untuk meredah hujan yang renyai2. Hampir 15minit aku meredah hujan seorang diri di waktu maghrib. Aku kalau boleh malas nak susahkan m.cik datang amek hujan2 nie. Penah mak cik cakap, nak datang datang la sendiri. Jadi, aku decide bek aku teruskan jer. Sampai sesuku jalan, ade akak yang baik hati tumpangkan aku berpayung dengannya. Padahal , aku memang da lencun dah. Akak? actually da sebaya mak aku.huhu. Time kasih akak.

Sesampai kat umah, mak cik xtanye pon aku datang ngan ape, mungkin dia ingat aku naik bas xpon ingat bf anta aku. Masa tengah berjalan sorang2 tue, aku banyak pikirkan nasib diri. Sedih tapi aku kena tabah. Selagi aku ade kudrat, aku kena kuat, aku kena lalui sendiri tanpa susahkan sesiapa kecuali bf ku. huhu.

**sori ye sayang selalu susahkan kamu, suh anta p sana p sini.

Rintangan

Pagi2 lagi, aku bangun, membasuh baju kerja by hand sebabnya hari Rabu keje. Malas nak tangguh. Setelah semua selesai, aku menunngu bas RapidKl untuk ke stesen Mid Valley kerana bas yang lalu di kawasan tempat tinggal aku akan melalui situ. Tak mahu menyusahkan sesiapa, aku mengambil bas ke stesen KTM Mid Valley dan ke Stesen KTM BTS by bus. Dah pukul 10. Ku (panggilan untuk ayah), mok, adik n kawan adik dah sampai  kat rumah mak cik di Sg Besi.

Pukul 11, aku sampai di stesen KTM BTS. Owh. BTS tengah renovate sekarang. Hanya ade lorong berzink biru yang panjang ke jalan besar. Jauh berjalan. Aku dengan 2 beg, satu beg baju kurung yang nak dipakai nanti dan satu beg pakaian konvokesyen. Ya. Aku konvo sesi petang, pukul 1.45 ptg aku mesti berada di luar dewan.
Aku gagahkan diri berjalan di lorong berzink menuju ke jejantas setelah bertanya pada miss India yang kebetulan lalu di situ. Hampir 15minit aku berjalan, aku kuatkan hati menelefon Ku supaya mengambil aku di kaki lima berdekatan flat tinggi. Tapi ayah tersalah faham, ayah tunggu, berpusing2 di jalan lain. Aku pun mati akal mahu perkenalkan tempat itu kerana aku bukan dari situ, begitu juga Ku. Akhirnya, aku teruskan berjalan dan meminta Ku pulang sahaja. Hampir 2blok dari rumah mak cik, Ku melalui kawasan itu. Adalah dari xde kan.

Sesampai di rumah, cepat2 aku iron baju yang nak dipakai petang nanti. Tepat pukul satu, kamu bergerak ke universiti. Xsempat nak makan. Lapar. Penat. Sampainya di universiti, aku terus ke bilik solat. Sempatlah masuk dewan kuliah. Kesian mak, xsempat nak belikan air mineral. Ku memang xmahu masuk dewan, tapi xpe. Aku kenal Ku. Aku xkecil hati n sedih.

Sangat nervous nak ambil scroll tue. Turun je stage, huhu. Sangat gembira dan macam tak percaya I'm finished.

Thanks mak, Ku, adik sebab sudi datang majlis konvokesyen saya. Dapatlah bergambar 3,4 keping ngan mak n adik2. Sebelum balik sempat jugak bergambar ngan Ku. Ntah mana Ku menghilang masa kami semua nak bergambar. LOVE YOU.MAK KU.

4 Oct 2011

Calon Suami


“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (QS. An Nur : 26)


Apakah ciri2 memilih calon suami?


1. Islam.
Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :
“ … dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita Mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang Mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran.” (QS. Al Baqarah : 221)

2. Berilmu dan Baik Akhlaknya.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :
“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang Dien dan akhlaknya kamu redhai maka kawinkanlah ia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerusakan.” (HR. At Tirmidzi)

Carilah calon isteri yang;



Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam :
Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)


***Dia bukanlah calonnya, tapi dia adalah orangnya yang berjanji untuk bersama. Aku melihat kesetiaannya tapi tiada kesungguhan untuk dia memperbaiki dirinya. Apakah yang harus aku lakukan? Cinta sahaja tidak cukup untuk mengemudi mahligai rumahtangga bersama-sama mendidik anak-anak menjadi anak soleh solehah di jalan Islam yang diredhai Yang Maha Esa.

Aku tidak tahu lagi bagaimana cara melarikan diri, sedangkan aku semakin dekat dengannya. Positive thinking. Mungkin juga aku ditakdirkan berjumpa dengannya untuk mengajak dia ke jalan yang betul. Tapi....



17 Sept 2011

ingat duit tue daun ke?

Kebiasaannya, hujung minggu akan diisi dengan membeli dan blah barang2 keperluan harian untuk seminggu, 2minggu atau mungkin sebulan. Bagi mereka yang berharta atau 'senang' mungkin tidak mengambil kira soal harga asalkan barang yang dibeli berkualiti, berjenama, sodap dan mungkin sebab ramai orang guna yang tue, i follow.

Tapi, bagi mereka yang tak berduit, kenalah berjimat. Beli ape2 yang perlu sahaja. Nak beli pampers anak, susu anak pon kena pikir banyak, siap nak tambah tolak darab bahagi lagi. Lebih2 lagi kalau yang ramai anak2 kecik (baby yang musyuk2). Dah tue, xleh beli barang2 merepek contohnya coklat, biskut, megi, pasta n maybe aiskrim. Mak dah la muda lagi, ayah pon muda jugak tapi huh, kena pantang. Nak makan sodap pon xleh. Sayang anak.

Sebenarnya, xmo la meleret2 lagi. Nak dijadikan cerita, harga pampers yang dah dirasakan murah dan ok untuk baby yang tertera kat tempat nak ambil tue 26++. tapi bila scan harganya jadi 29++. Sape yang tak marah. Nasib baik perasan sangat harga scan tue len, kalau tak memang rugi la 12 ringgit sebabnya amek pampers sampai 4. Amek kau, sebulan punya stok untuk 2 baby. Jadi, menyedari kerugian yang bakal dialami, maka si ayah telah meninggikan suara kepada cashier di situ. Setelah itu, penyelia la kot xpon orang atas sikit dari cashier tue p cek n ternyata kesilapan berlaku di situ. Nasib baik, kalau tak x ke merepek si ayah 24/7..ish3.

Moralnya, sila scan harga barang yang anda beli terlebih dahulu di mana2 scanner yang berhampiran sebelum membayar di kaunter ataupon, sila beri sepenuh perhatian kepada barang2 yang anda bayar ( jangan duk melilau je usha awek/pakwe cun, atau jangan duk sibuk bersembang. Macamlah dah xjumpe kat umah) supaya anda tidak tertipu.
Melainkan anda dah kaya sangat, xkisah la orang nak tipu. Duit i, u kisah apehal?hoho

3 Sept 2011

akulah penganggur

Tadika, Sek ren, Sek men, Matrik, Uni. Pahtu keje. Hmm. Kalu sebelum nie, sedara tanye belajo mane lening. Buleh gok jawab. Tapi bila part, "abes doh blajo".

Hok tue ase macang malah nok kabo. Bukang mende, kite dop kije ag pahtu duk sibuk tanye, blajo mende, kekgi kije guane, senang ke nok buleh. Owos, kite nie pon xtau nok jawab gane. Amek kimia ekpon. Dop taula nok kije mende mokcik2 pokcik2 eh. Rileks gok lu, tengok mitok2, duk cube nasek gok ea. Tunggu ambe buleh kije lu ah, t ambe kabo la ke mok cik pokcik guana gamok kije kite ow.

"kije cg nge kesihatan hok senang nye. Hok nie ade kije doh . Hok len kalu keluo U pon xtentu ag. " ade sound2 hok xsedap nok dengor eh. Mentang2 anok ye kije kat kesihatan, dop masuk2 U pon.

" Doh kalu kije kesihatan nge cg lake, piye hok nok kije wak bangunan, kije kat bank kire pitih, kije jabat2 urus macang2 hal, kije wat makanan n banyok lagi la". geram ase nok kabo gitu. huhu.

Bila pk2 mula, ambe ase macang nok amek cg, bukang mende sebab cg nie kije siang, dang la care anok2 n family bila laki esok2. Sesuai la kije cg tue nge puang. Kalu kimia hok ambe amek nie lebih ke kije orang laki kalu kije kilang, tapi puang buleh gok. Kalu setakat duk makmal, molek gok puang. Tapi hok moleknyye, orang puang kije la kije hok sesuai nge orang puang.

Doakan ambe biar derah2 buleh kije n diberkatiNya.


2 Sept 2011

simple EidFitri

Alhamdulillah, dapat ag sambut Ramadhan dan Syawal tahun 1432H. Semoga dipanjangkan umur temu Ramadhan dan Syawal yang seterusnya.

Ambe baru je sapa dumoh dalam kol 7 takdi. Raya tahun nie meriah siket dari tahun lepah sebab buleh jupe nge hampir semua sedara mara hok lame dop jupe. Tapi se je xbest sebab xamek se pon gambo raya. Padahal ade sokmo kamera dalang beg. Wak berat bowok jer. Bile tengok kawan2 pakat  upload gambo n tukar profile pic kat fb, owos..jeles guh. Nok wat gane, xdang nok gambo2 eh. Kalut ngat tekpong. Ade sokmo hok nok derah g situ g sini. Tapi dak pe lah, xpenting mane gambo, hok penting nye ambe dang la raya nge jiran2 n tok dare sebelum balik kg. Kiranya lepas mayang raya, g raya umoh jiran2 dekat, pastu kemas2 barang balik kg. Ramai sungguh hok g sejid mayang raya, sapa ade hok mayang luo kat berande. Bekali ade gok hok balik mula sebab xdok tempat nok mayang. 

Raya ambe bese jer. Dop macang orang laen. Lepas raya di rumah sediri nge abg, kak ipar, anok2 buah, adik2 n mok dang ku hok ambe sayang, kami balik kg kat Marang. Singgoh kubur tok n rumoh mok dare. Pahtu g kg kat KBerang pulok, umoh mok dare n g kubur tok n tokki. Semoga tok2 n tokki2 dicucuri rahmatNya. Petang pulok, kami balik umoh kak ambe hok sebeloh umoh tok kat Setiu. ade mok2 dare n pok2 sedare. Tak dok pon rumoh terbuka, kuih raya, ketupat. Sekadar nok jupe n kunjung mengunjung. Sebab masa nie la kadang2 tue baru kenal sedara.

waaaa..tapi ambe xjupe ag kawang2 ea. Ade dok doktau hok nok mari dumoh ea. Ase nok hidang popia n kuih goyang nabil jer..haha

Kepada semua, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
 Selamat Menyambut Kemerdekaan yang Ke 54

13 Aug 2011

maafkan aku kawan

Entry nie khas aku tulis untuk kawanku, Dayah.

Maafkan aku sebab aku berkasar n tak hiraukan kamu sepanjang final exam hari tue. Memang aku menyesal sangat sebab hal tue, aku hilang kawan. Kamu. Sesungguhnya kamu lebih tahu akan diriku kerana banyak masalah dan tentang aku, aku ceritakan pada kamu. Jadi, ku anggap kamu sangat memahami aku. Rupe2nye aku silap. Kamu sudah tidak mampu bertahan dengan sikap aku hingga kamu boleh buang aku jauh2. 

Memang sepanjang final exam, aku akui aku banyak menyakitkan hatimu sehingga menganggap seperti kamu tiada didepanku. Tidak mengakui kewujudanmu. Aku tahu kamu sangat kecewa dan terluka kerna aku sangat faham naluri hatimu tapi tidak pernah aku berniat mahu membuat kamu begitu. Sehingga saat2 terakhir kita bersama, sebelum kamu berangkat pulang, aku masih dengan sikapku. Aku ego.

Ketahuilah yang aku sangat menyesal kerna tidak sempat mohon maaf dan memelukmu buat kali terakhir. Aku benci denganku yang sangat2 kamu tahu n benci sikapku. Sebenarnya, aku memang bercadang nak bersalam, memeluk dan memohon maaf darimu, tapi oleh kerana malu, ego dan penting diri, aku biarkan kamu berlalu pergi. Sungguh kejam diriku.

Sebenarnya, semua terjadi kerana tekanan diriku sendiri. Marah, sakit hati, dengki dan semua yang bercampur membuatkan aku bertindak sebegitu. Termasuklah exam yang belum habis dan thesis yang sangat membuat aku tertekan. Lantaran itu, aku memilih untuk menyendiri dan melarikan diri.

Oleh kerana berasa amat bersalah dengan tindakan aku, aku telah kuatkan hatiku untuk menghubungi kamu setelah hampir sebulan kita pulang ke tempat asal di mana pada masa itu aku dapat tahu kamu sudah mendapat kerja. Alhamdulillah rezeki berpihak padamu kerna kamu orang yang dizalimi. Namun, panggilan dan mesej pesanan ringkas ku tidak berbalas. Hampir 3jam aku berusaha menghubungi kamu, akhirnya aku terima jawapan yang menghampakan. Kamu menganggap aku sudah tidak mahu berkawan dengan kamu. Padahal, aku bertindak begitu kerana emosi. Aku ingatkan kamu tahu bahwa aku orang yang selalu rindukan kawan bila jauh, lebih2 lagi mereka yang tahu semua tentang aku. Seperti adik beradik. Tapi aku silap, kamu xsame dengan yang lain. Aku pasrah, aku tidak mahu mendesak. Siapa aku untuk memaksa kamu menjadi kawanku. Jadi, aku biarkan kamu sendiri.

Selepas hari itu, aku tidak menghubungi kamu lagi, tapi aku selalu ambil tahu pasal kamu dari fb. Aku selalu ingat kamu sebagai kawan baik aku. Aku xlupe untuk menjemput kamu ke majlis pernikahan aku nanti kerna itu lah masa untuk aku ketemu kamu. Tapi aku doakan semoga aku dapat berjumpa dan memohon maaf dari kamu kerna aku tahu aku banyak menyakiti kamu. Aku bukan kawan yang baik. Hari nie aku dapat tahu aku bukan kawan kamu lagi di fb. Mungkin juga bukan kawan selamanya. Mungkin kamu da lupekan segala2nye mengenai aku.

Jika aku tidak berkesempatan bertemu denganmu dan memohon maaf, ku pohon dengan hati yang jujur dan ikhlas atas kekhilafan yang sangat menyakitkan. Tidak pernah ku bayangkan inilah pengakhiran persahabatan kita. Aku doakan kamu bahagia bersama pilihanmu dan keluargamu serta berjaya dalam apa jua bidang yang kamu ceburi. Jika aku menyesakkan fikiranmu, aku redha aku didelete dari kisah silammu. Maafkan aku.

"Aku sayang kamu, maafkan aku. Kau teman baikku selamanya"

10 Aug 2011

Kesian kucing

Cite nie baru je berlaku maren dulu kat umoh mok cik ambe. Saje g jalang 2,3 ari umoh dare.

Petang tue, ambe tengok kucing kelabu tue duk ngekor ambe, bekali ye lapo sebab dop v makan ag ari tue. Ambe pon gaul la nasi ngan ikan rebus 2 ekor, bubuh kuoh sket. Dang molek sudoh, ambe pon g la alik lakang, kat berande luo. Betolan ruang sempit je antara beranda ngan dapur. Dan moleh ambe letok, kucing kelabu g la makan. Ade sekor ag kucing warna oreng nok g makang gok.Nok lalu la kat hok ambe diri tue, ruang antara dapur nge beranda. Dengor la mok cik ambe kata, macam pacat je kat mulut kucing tue.

Ambe mende lagi, tepik pah depan rumoh la dengor. Sebab kejut ambe tepik, kucing oren tue stop. Ambe berenti tepik. Die pon nok langkoh nok lalu kat ambe, ambe pon tepik mula. 2 kali tepik. Kejut hok tue, die pon jalan pusing mula g duk bawoh meja. Siang guh ke kucing tue. Ambe pon lalu la. Lame die duk bawoh meja tue. Mok cik ambe g la letok die kat beranda, tapi die buleh je duk situ tengok kucing kelabu makang. Ambe rasa die ingat ambe maroh die makang asenye.

Bile kucing kelabu kenyang, die pon lari. Barulah kucing oren g makang. Cian goh. Mitok maaf la kucing, ambe bukang maroh ke mung, ambe geli nge pacat, tue ambe tepik sapa berair mata2 ow. Mitok maap neh. =)

6 Jul 2011

solat, ibu bapa, jihad

Ada hadis yang menceritakan bahawa seorang sahabat pernah bertanya nabi, apakah amal yang baik?


Lalu nabi menjawab: solat pada awal waktu.
Lalu sahabat itu bertanya: kemudian apa lagi?
Lalu nabi menjawab: berbakti kepada kedua orang tua.
Lalu sahabat itu bertanya: kemudian apa lagi?
Lalu nabi menjawab: berjihad di jalan Allah.


Seorang islam perlu utamakan solat dahulu dari urusan ibu bapa dan dakwah. Apabila solatnya sudah dipelajari dengan baik serta memahami rukun dan kaifiat. Dia ditetapkan pula menjaga ibu bapanya, seandainya urusan jihad bertembung dengan urusan ibu bapa. Maka, dia perlu utamakan ibu bapanya dahulu. Ini merujuk kepada Sahih Bukhari.


Pernah seorang sahabat nabi mahu ke medan perang.
Nabi bertanya: adakah kamu masih punya kedua ibu bapa?
Jawab pemuda itu: ya.
Lalu nabi tanya: seandainya kamu mati, adakah di sana orang lain yang akan menjaga makan minum kedua ibu bapa kamu?
Jawab lelaki itu: tiada, hanya aku yang mampu menjaganya.
Lalu nabi berkata: pulanglah kepada ibu bapanya dan jagalah mereka sehingga mereka sudah tiada. Setelah selesai menjaga mereka, baru kamu diizinkan untuk berjihad.

petikan dari Kala Cinta dan Wahyu Bersatu