17 Sept 2011

ingat duit tue daun ke?

Kebiasaannya, hujung minggu akan diisi dengan membeli dan blah barang2 keperluan harian untuk seminggu, 2minggu atau mungkin sebulan. Bagi mereka yang berharta atau 'senang' mungkin tidak mengambil kira soal harga asalkan barang yang dibeli berkualiti, berjenama, sodap dan mungkin sebab ramai orang guna yang tue, i follow.

Tapi, bagi mereka yang tak berduit, kenalah berjimat. Beli ape2 yang perlu sahaja. Nak beli pampers anak, susu anak pon kena pikir banyak, siap nak tambah tolak darab bahagi lagi. Lebih2 lagi kalau yang ramai anak2 kecik (baby yang musyuk2). Dah tue, xleh beli barang2 merepek contohnya coklat, biskut, megi, pasta n maybe aiskrim. Mak dah la muda lagi, ayah pon muda jugak tapi huh, kena pantang. Nak makan sodap pon xleh. Sayang anak.

Sebenarnya, xmo la meleret2 lagi. Nak dijadikan cerita, harga pampers yang dah dirasakan murah dan ok untuk baby yang tertera kat tempat nak ambil tue 26++. tapi bila scan harganya jadi 29++. Sape yang tak marah. Nasib baik perasan sangat harga scan tue len, kalau tak memang rugi la 12 ringgit sebabnya amek pampers sampai 4. Amek kau, sebulan punya stok untuk 2 baby. Jadi, menyedari kerugian yang bakal dialami, maka si ayah telah meninggikan suara kepada cashier di situ. Setelah itu, penyelia la kot xpon orang atas sikit dari cashier tue p cek n ternyata kesilapan berlaku di situ. Nasib baik, kalau tak x ke merepek si ayah 24/7..ish3.

Moralnya, sila scan harga barang yang anda beli terlebih dahulu di mana2 scanner yang berhampiran sebelum membayar di kaunter ataupon, sila beri sepenuh perhatian kepada barang2 yang anda bayar ( jangan duk melilau je usha awek/pakwe cun, atau jangan duk sibuk bersembang. Macamlah dah xjumpe kat umah) supaya anda tidak tertipu.
Melainkan anda dah kaya sangat, xkisah la orang nak tipu. Duit i, u kisah apehal?hoho

No comments:

Post a Comment

komen