27 Dec 2018

Khabar Gembira yang Dinanti

Imbas kembali 2015. Buat ingatan di sini.

Ada yang masih segar di ingatan. Enam bulan berlalu selepas selamat diijabkabul, kawan-kawan sekerja juga saudara mara gemar bertanya khabar

'dah ada isi?'
'bila nak ada anak?'
'rancang ke?'

Macam-macam soalan yang maksudnya bertanyakan anak. Mungkin enam bulan pertama kami bersabar. Masih awal. Genaplah setahun masih ada yang ambil berat. Alhamdulillah kami sambut dengan senyuman. Sedikit pun tak berkecil hati. Kadang-kadang kami balas dalam ketawa kecil,

'InsyaAllah. Belum lagi sekarang. Adalah tu nanti'

Kami seronok semua orang ambil berat malah mereka tak perkecilkan atau menyindir pun. Sekadar bertanya khabar sahaja. Siap kongsi macam-macam tips lagi.

KHABAR GEMBIRA

Akhir 2014, ada inisiatif nak kurus. Google macam-macam maka nekad la nak try 'Diet Atkins'. Akhir tahun memang sinonim untuk pasang azam baru. Jadi awal tahun tue dah mula buat diet Atkins. Minggu pertama buat dalam bulan Januari 2015. Ada satu hari tu lupa nak makan sesuatu. Minum air kosong sahaja dan tak sempat nak ambil protein. Naik basikal yang dah lama tak naik, lepas tu pergi pasar malam dengan kakak ipar.

Sebelum baik, terasa nak beli air sebab dah rasa ting tong. Masa nak bayar tu boleh pulak pitam kat situ. Adehh malu pulak. Lepas tu memang dah kena kasi warning la tak boleh skip makan, tak payah diet. Kisah pengsan ni nanti kita cerita. Dari kecik memang dah selalu pengsan.

Rasanya dua minggu sahaja bertahan diet ni. Lepas tue cheat day. Dan susah dah nak mula semula. Bila Februari period dah lewat, cek dan Alhamdulillah positif.

Jadi pendapat saya, masa diet ni mungkin memperbaiki hormon. Termasuk kembali ke gaya hidup yang sihat, makan buah, lebihkan sayur, ambil proten, kurangkan karbo yang boleh baiki hormon. Selain dari diet, saya dan suami ada juga makan jamu. Kami makan jamu 'Yusuf & Zulaika' sebab masa tu jamu ni viral. Ehe. Rasanya makan hanya satu botol. Kami ikhtiar sahaja masa tu. Saya juga ada pergi mengurut masa bulan Disember 2014. Ada sorang makcik di Keramat. Makcik tu cakap peranakan tinggi sikit. Tapi memang best kan berurut, rasa ringan je badan.

Ini antara ikhtiar kami. Yang selebihnya dengan izin Allah. Dia lah Allah yang Berkuasa atas sesuatu. Subhanallah. AllahuAkbar.

No comments:

Post a Comment

komen