20 Oct 2011

Rintangan

Pagi2 lagi, aku bangun, membasuh baju kerja by hand sebabnya hari Rabu keje. Malas nak tangguh. Setelah semua selesai, aku menunngu bas RapidKl untuk ke stesen Mid Valley kerana bas yang lalu di kawasan tempat tinggal aku akan melalui situ. Tak mahu menyusahkan sesiapa, aku mengambil bas ke stesen KTM Mid Valley dan ke Stesen KTM BTS by bus. Dah pukul 10. Ku (panggilan untuk ayah), mok, adik n kawan adik dah sampai  kat rumah mak cik di Sg Besi.

Pukul 11, aku sampai di stesen KTM BTS. Owh. BTS tengah renovate sekarang. Hanya ade lorong berzink biru yang panjang ke jalan besar. Jauh berjalan. Aku dengan 2 beg, satu beg baju kurung yang nak dipakai nanti dan satu beg pakaian konvokesyen. Ya. Aku konvo sesi petang, pukul 1.45 ptg aku mesti berada di luar dewan.
Aku gagahkan diri berjalan di lorong berzink menuju ke jejantas setelah bertanya pada miss India yang kebetulan lalu di situ. Hampir 15minit aku berjalan, aku kuatkan hati menelefon Ku supaya mengambil aku di kaki lima berdekatan flat tinggi. Tapi ayah tersalah faham, ayah tunggu, berpusing2 di jalan lain. Aku pun mati akal mahu perkenalkan tempat itu kerana aku bukan dari situ, begitu juga Ku. Akhirnya, aku teruskan berjalan dan meminta Ku pulang sahaja. Hampir 2blok dari rumah mak cik, Ku melalui kawasan itu. Adalah dari xde kan.

Sesampai di rumah, cepat2 aku iron baju yang nak dipakai petang nanti. Tepat pukul satu, kamu bergerak ke universiti. Xsempat nak makan. Lapar. Penat. Sampainya di universiti, aku terus ke bilik solat. Sempatlah masuk dewan kuliah. Kesian mak, xsempat nak belikan air mineral. Ku memang xmahu masuk dewan, tapi xpe. Aku kenal Ku. Aku xkecil hati n sedih.

Sangat nervous nak ambil scroll tue. Turun je stage, huhu. Sangat gembira dan macam tak percaya I'm finished.

Thanks mak, Ku, adik sebab sudi datang majlis konvokesyen saya. Dapatlah bergambar 3,4 keping ngan mak n adik2. Sebelum balik sempat jugak bergambar ngan Ku. Ntah mana Ku menghilang masa kami semua nak bergambar. LOVE YOU.MAK KU.

No comments:

Post a Comment

komen