26 Aug 2014

Continue-Trip Gopeng


Perkhemahan di tengah hutan, mandi dengan air bukit di dingin subuh. Yang tak menyempat, pukul 3,4 pagi dan berendam dalam sungai. Menggigil uols. Makan jer katering orang kampung sediakan, Kami p ngap jer. 
Di sebelah malam, tengok tarian kebudayaan orang asli. Antara tarian memuja mereka. Orang asli di sana tiada agama, anjing berkeliaran di kawasan rumah mereka. Lucu bila ada kanak-kanak yang mandi sungai disana tak berbaju.uhu.


 Kibarkan jalur gemilang di mana anda berada. Gambar sebelum mendaki
 Singgah di air terjun.
 Ibu-ibu berendam.ehe. Sejam mendaki dan meredah semak baru sampai ke sini
Tapak perkhemahan kami

 
 Pembawa bendera nie pun dah kahwin, dihantar bekerja di Rayong, Thailand
 Si baju merah dan si tudung hitam pun dah resign. Seronok kenal korang. Baju kuning baru je lepas pantang anak sulung. Doakan my turn pulak, nak baby jugak.hikhik
 Hasil anyaman (btul ke eja tue?) sendiri. Cun lagi masa ni.ehe
 Macam tak berani je nak jalan dalam rumah tue. Kami jenguk dari luar je.
 Warga HTS memang bersemangat. Malaysiaku
 CSR- penyerahan barang mentah kepada penduduk perkampungan orang asli

 Kami pun menari jugak. Saya yang sebelah kanan, belakang.
 Lawak la. Kerah jer tangan nak menari.haha
Abang nie pegang serangga warna hijau (xtau name serangga.uhu) Ia menyamar sebagai ranting.eee, geli la kalu terpegang.


Kenangan pahit manis- Semasa mendaki, entah macam mane saya boleh pitam. Semangat sangat. Masa tue saya antara orang ke3 di hadapan, di belakang my bos, SAS (SAS pun dah jadi CEO, congrats boss). Abang2 la yang duk kipas2, bagi air dan sedarkan saya. Malu. Sampai balik office dorang duk perli. Setiap kali jumpa mesti tanya ' tuan ok tuan?'. Bos pun perli jugak, ' ko nie kena banyak bersenam, baru ada stamina.bla bla bla'  Lepas tue, dah slow sikit join CSR.uhu

P/S- bila mendaki atau berjalan jauh, elakkan pakaian gelap, lagi2 tudung. Pakailah tudung yang light, pantulkan haba. Pakai kasut yang longgar, jangan ikat kasut ketat2, bagi kaki selesa. Jangan minum banyak air, cukup sekadar seteguk2. (nie my experience and pesanan orang2 sekeliling, tidak diuji secara saintifik)

With love,
achik

No comments:

Post a Comment

komen