26 Aug 2014

yeay!!! dah kawen-Episod 1

Ehem ehem. Kita dah kahwin dah awak. Selepas beberapa kali perang mulut, tarik2 muka pilih tarikh kawen, maka 10 Aug 2013 bersamaan 4 syawal 1434H saya sah menjadi isteri kepada suami saya bersaksi walikan ayah saya dan sanak saudara di tempat tinggal kami, Ketengah Jaya Dungun Terengganu. Saya anok Teranung. Teranung kiter. Nak selitkan beberapa gambar buat tatapan sendiri di hari tua. Ada entry sebelum nie yang citer pasal kawen bajet, so nie la kawen bajet saya tue.

Dah survey2 banyak tempat, kebanyakkan kad yang buat 2 pihak dengan kuantiti banyak lagi murah. Disebabkan saya nak buat kat satu pihak saje dengan kuantiti 500pcs sahaja, nak tak nak kena lah print sendiri. Jadi, saya beli design sahaja 1000pcs. Detailsnya print la sendiri. Memang leceh, tapi jimat punya pasal. Rasanya tak sampai RM500 kot kad pihak lelaki & pompuan. Sebab mak xjemput ramai pun, buat kenduri kesyukuran jer, maksud mak, dorang datang makan jer. Tak salam berisi. Lagipun time raya jiran2 ramai kat kampung lagi. Kawan2 saya pun tak ramai (sedih, xada kawan.haha)


Nie doorgift DIY. Balang kaca RM0.75 sebiji, beli 500. Tapi xabes jugak. Ada dalam 100 lagi kat rumah, boleh simpan bagi time aqiqah (xsabau dah nak baby).Simple tapi saya puas hati.

Hantaran nie, akak ipar saya yang gubah. Pusing2 cari tempat letak hantaran, dapat la bekas buah nie, RM8-9 satu. Bagi RM500 kat akak untuk beli barang2 hiasan. Bunga2 nak hias pun mahai. Sabau jela.
 
 
Set pakaian nie pun kira DIY jugak la kan. Pusing2 KL cari kain biru, kasut, lace, set samping n tengkolok. Pastu buat design sama2 ngan mak cik dan kak ipar. Jadilah jubah cam kat patung tue. Siap jubah tugas saya pulak hias2 tampal lace dan bunga2. Sebenarnya tampalan terakhir bunga tue adalah malam lepas akad nikah, xpun petang sebelum akad nikah. haha. haru betui. Alhamdullilah, sempat siap dan saya bangga memakai DIY sendiri nie. Baju melayu tue pun ditempah. Puas hati sebab last nie jumpa jugak kasut yang match tue.

With love,
Achik


No comments:

Post a Comment

komen