26 Aug 2014

Matang


Di saat entry ini ditaip, saya sedang bersenang di rumah, menanti offer letter dari UPM untuk menyambung pengajian dalam Master in Science. Mengambil keputusan untuk berhenti kerja sangat lah mudah selepas mendapat persetujuan suami, namun harus mencari jalan untuk membantu dan tidak membebankan beliau. Mujurlah ada lecturer yang perlukan student, dapatlah saya mengambil peluang. Bagai mengantuk disorongkan bantal.

Hampir 3 tahun saya di automotive industry, sempat melihat kelahiran Preve, Suprime S and Alza baru. Walaupun saya bukan engineer yang menghasilkannya, tapi dapat melihat rakan-rakan sekerja yang bertungkus lumus dari zero to lauch of these models.

Setahun setengah saya bekerja sebagai kerani. Ya. Kerani. Saya yang memegang ijazah sarjana muda kimia perindustrian memegang jawatan sebagai kerani. Kenapa? Sebab saya sangat naif masa tue. Bila HR menawarkan saya jawatan tue, saya terus ambil sebab kononnya saya nak kerja beberapa bulan sahaja. Cukup untuk berkenalan dengan dunia perkerjaan. Memang saya merancang untuk sambung Master pada mulanya. 
24 Oct 2011 saya memulakan tugas sebagai kerani di jabatan business development. Ingat lagi, 1st day, semua rakan2 office terkezut bila clerk dorang degree holder. Tapi ada apa dengan sijil kan. Buh tepi jer bila semua xtau.huhu. 1st impression, executive bukanlah yang dah berumur. Opss. rakan2 saya semua 25 ke atas, rata2 first time keje. Baru lah tukar mindset, fresh degree tak lah susah nak dapat kerja. Yang penting, confident dan berani jual diri (opss, bukan jual diri tue la). Impress dengan rakan2 lulusan luar negara yang tak sombong berbanding lulusan sini jek tapi berlagak.uhu.
Pejam celik kat BD, termakan nasihat boss SAS, tak jadi sambung master. Selepas setahun, saya berjaya ditukarkan ke electroplating department. Awkward. Hari2 berlalu tak sebest di BD. Setahun menghadap chemical, production line, hirup dan sedut udara kotor, bekerja dengan Nepal, bekerja overtime tak tentu masa dan sangat tak selesa dengan suasana kerja. Akhirnya, 30hb Aug 2014 is last day kat HTS. This week kira tolak cuti tahunan. Aman dan best sangat. Penat berlakon.uhu

Minggu depan bermula lah hidup sebagai pelajar master. Setelah melalui pahit manis di degree dan tempat kerja, harap akan datang akan dilalui dengan tenang walaupun pelbagai masalah melanda. I want to be cool and calm every second. Wish me to finish my Master less than 2 years and I wish to be a  successful lecturer and entrepreneur. Living with my lovely family.

With love,
achik

No comments:

Post a Comment

komen