27 Dec 2018

Khabar Gembira yang Dinanti

Imbas kembali 2015. Buat ingatan di sini.

Ada yang masih segar di ingatan. Enam bulan berlalu selepas selamat diijabkabul, kawan-kawan sekerja juga saudara mara gemar bertanya khabar

'dah ada isi?'
'bila nak ada anak?'
'rancang ke?'

Macam-macam soalan yang maksudnya bertanyakan anak. Mungkin enam bulan pertama kami bersabar. Masih awal. Genaplah setahun masih ada yang ambil berat. Alhamdulillah kami sambut dengan senyuman. Sedikit pun tak berkecil hati. Kadang-kadang kami balas dalam ketawa kecil,

'InsyaAllah. Belum lagi sekarang. Adalah tu nanti'

Kami seronok semua orang ambil berat malah mereka tak perkecilkan atau menyindir pun. Sekadar bertanya khabar sahaja. Siap kongsi macam-macam tips lagi.

KHABAR GEMBIRA

Akhir 2014, ada inisiatif nak kurus. Google macam-macam maka nekad la nak try 'Diet Atkins'. Akhir tahun memang sinonim untuk pasang azam baru. Jadi awal tahun tue dah mula buat diet Atkins. Minggu pertama buat dalam bulan Januari 2015. Ada satu hari tu lupa nak makan sesuatu. Minum air kosong sahaja dan tak sempat nak ambil protein. Naik basikal yang dah lama tak naik, lepas tu pergi pasar malam dengan kakak ipar.

Sebelum baik, terasa nak beli air sebab dah rasa ting tong. Masa nak bayar tu boleh pulak pitam kat situ. Adehh malu pulak. Lepas tu memang dah kena kasi warning la tak boleh skip makan, tak payah diet. Kisah pengsan ni nanti kita cerita. Dari kecik memang dah selalu pengsan.

Rasanya dua minggu sahaja bertahan diet ni. Lepas tue cheat day. Dan susah dah nak mula semula. Bila Februari period dah lewat, cek dan Alhamdulillah positif.

Jadi pendapat saya, masa diet ni mungkin memperbaiki hormon. Termasuk kembali ke gaya hidup yang sihat, makan buah, lebihkan sayur, ambil proten, kurangkan karbo yang boleh baiki hormon. Selain dari diet, saya dan suami ada juga makan jamu. Kami makan jamu 'Yusuf & Zulaika' sebab masa tu jamu ni viral. Ehe. Rasanya makan hanya satu botol. Kami ikhtiar sahaja masa tu. Saya juga ada pergi mengurut masa bulan Disember 2014. Ada sorang makcik di Keramat. Makcik tu cakap peranakan tinggi sikit. Tapi memang best kan berurut, rasa ringan je badan.

Ini antara ikhtiar kami. Yang selebihnya dengan izin Allah. Dia lah Allah yang Berkuasa atas sesuatu. Subhanallah. AllahuAkbar.

20 Sept 2014

Student again

Assalamuailaikum. Solawatu ala rasul.
Alhamdulilah pelajar dan isteri nie masih dipinjamkan lagi nyawa untuk bernafas hari ini. Pagi ini, hujan renyai2 di Sri Kembangan. Btw, kami dah berpindah ke Sri Kembangan dari Shah Alam. Belakang UPM jer pun.
Sudah dua minggu mendaftar sebagai pelajar. Alhamdulilah tak terasa kekalutan lagi. Jurnal2 pun baru nak baca, haruslah rasa sangat rileks dan enjoy 2 minggu nie. Ambil mood study dan labwork dari senior2 dulu.haha.

Tetiba teringat time medical check-up dekat Pusat Kesihatan UPM hari tue. Masa jumpa Dr. lepas buat ujian urine test and x-ray,

Dr : Awak ada buat operation sebelum nie? (sambil tengok keputusan x-ray di PC)
me: tak ada.
Dr : Betul ke awak xpernah buat apa2 operation? (pikir sesuatu dan masih merenung PC)
me : betul, tak ada.

Dr pun bangun dan buat pemeriksaan paru-paru dan perut. (Syukur Dr perempuan). Lepas tue Dr keep asking and thinking of the object in x-ray result.

me: tengok sikit gambar tue? ooo, tue keronsang saya.
Dr : ye ke? (Dr dah panik)
me: yer, nie ha. mungkin mase scan tadi dia jatuh ke depan, sebab saya tak pin.ehe
Dr : o. len kali awak xboleh macam tue.

Keronsang tue betul2 di tengah2 tulang. memang nampak macam tertelan la.uhu. Adesss

Masa x-ray tue jugak la loket huruf J hilang. Masa tanggalkan rantai, loket tue tercicir kot. Lepas 2 hari baru perasan tak pakai lagi rantai dan tahu loket tak ada. Mujur asben tak bising. Bukan rezeki kami ler tue.

Ok. nak study  EIS hari nie. Petang sikit kita masuk dapur.ehe

Semoga hati ini tetap dan sentiasa bersemangat belajar dan cepat2 siapkan labwork.
Let make it exciting!!! If you not choose to be useful, you are choosing useless.

With love,
Achik


26 Aug 2014

yeay!!!da kawen-Episod 2


Baju nikah nie saya sewa RM650 sekali dengan pelamin, tempat makan dan bilik. Mula2 macam tak berkenan tapi mak pun dah nak bukak mulut, jadi anakmu terima jer. Tapi kat gambar nie nampak cantik pulak. Suka hati I la nak masuk bakul angkat sendiri pun. Saya suka tudung tue. Tudung niebawal biasa RM25 jer. Bunga tangan pinjam dari KL.huhu

Sukanya dia. Saya akan pastikan kamu bahagia selamanya. Supaya saya boleh lihat kamu terus ketawa dan gembira. 

Mok dan Ku saya. Saya sayang kamu semua.

Famly belah suami.

Kawan-kawan Sementojie. Thanks semua datang. Paling seronok bila ex-bf datang wedding kita. Thanks awak. Kita kan kawan.

Kawan baik saya pun kawen hari yang sama. This is PDC. Friend forever. Luv u banyak2.

Sekitar majlis belah lelaki. Pun simple. Baju dan pelamin Rm 450. Biau ler orang nak kata xcantik, dah cantik bagi ku sebab tu ejer yang saya mampu.

Best sangat sebab bff saya datang. Ada entry dia kat cni. Terima kasih sebab dah maafkan saya. Dan that's my boss, SAS. Thanks for coming. Hensem. Admire kat bos sendiri sebab umur baru 30-an dah jadi CEO. English dia berhabuk. Penat pulak nak huh?huh?

Ku kan merindu mu selalu. Tetap setia membahgiakan mu.

With love,
achik

yeay!!! dah kawen-Episod 1

Ehem ehem. Kita dah kahwin dah awak. Selepas beberapa kali perang mulut, tarik2 muka pilih tarikh kawen, maka 10 Aug 2013 bersamaan 4 syawal 1434H saya sah menjadi isteri kepada suami saya bersaksi walikan ayah saya dan sanak saudara di tempat tinggal kami, Ketengah Jaya Dungun Terengganu. Saya anok Teranung. Teranung kiter. Nak selitkan beberapa gambar buat tatapan sendiri di hari tua. Ada entry sebelum nie yang citer pasal kawen bajet, so nie la kawen bajet saya tue.

Dah survey2 banyak tempat, kebanyakkan kad yang buat 2 pihak dengan kuantiti banyak lagi murah. Disebabkan saya nak buat kat satu pihak saje dengan kuantiti 500pcs sahaja, nak tak nak kena lah print sendiri. Jadi, saya beli design sahaja 1000pcs. Detailsnya print la sendiri. Memang leceh, tapi jimat punya pasal. Rasanya tak sampai RM500 kot kad pihak lelaki & pompuan. Sebab mak xjemput ramai pun, buat kenduri kesyukuran jer, maksud mak, dorang datang makan jer. Tak salam berisi. Lagipun time raya jiran2 ramai kat kampung lagi. Kawan2 saya pun tak ramai (sedih, xada kawan.haha)


Nie doorgift DIY. Balang kaca RM0.75 sebiji, beli 500. Tapi xabes jugak. Ada dalam 100 lagi kat rumah, boleh simpan bagi time aqiqah (xsabau dah nak baby).Simple tapi saya puas hati.

Hantaran nie, akak ipar saya yang gubah. Pusing2 cari tempat letak hantaran, dapat la bekas buah nie, RM8-9 satu. Bagi RM500 kat akak untuk beli barang2 hiasan. Bunga2 nak hias pun mahai. Sabau jela.
 
 
Set pakaian nie pun kira DIY jugak la kan. Pusing2 KL cari kain biru, kasut, lace, set samping n tengkolok. Pastu buat design sama2 ngan mak cik dan kak ipar. Jadilah jubah cam kat patung tue. Siap jubah tugas saya pulak hias2 tampal lace dan bunga2. Sebenarnya tampalan terakhir bunga tue adalah malam lepas akad nikah, xpun petang sebelum akad nikah. haha. haru betui. Alhamdullilah, sempat siap dan saya bangga memakai DIY sendiri nie. Baju melayu tue pun ditempah. Puas hati sebab last nie jumpa jugak kasut yang match tue.

With love,
Achik


Matang


Di saat entry ini ditaip, saya sedang bersenang di rumah, menanti offer letter dari UPM untuk menyambung pengajian dalam Master in Science. Mengambil keputusan untuk berhenti kerja sangat lah mudah selepas mendapat persetujuan suami, namun harus mencari jalan untuk membantu dan tidak membebankan beliau. Mujurlah ada lecturer yang perlukan student, dapatlah saya mengambil peluang. Bagai mengantuk disorongkan bantal.

Hampir 3 tahun saya di automotive industry, sempat melihat kelahiran Preve, Suprime S and Alza baru. Walaupun saya bukan engineer yang menghasilkannya, tapi dapat melihat rakan-rakan sekerja yang bertungkus lumus dari zero to lauch of these models.

Setahun setengah saya bekerja sebagai kerani. Ya. Kerani. Saya yang memegang ijazah sarjana muda kimia perindustrian memegang jawatan sebagai kerani. Kenapa? Sebab saya sangat naif masa tue. Bila HR menawarkan saya jawatan tue, saya terus ambil sebab kononnya saya nak kerja beberapa bulan sahaja. Cukup untuk berkenalan dengan dunia perkerjaan. Memang saya merancang untuk sambung Master pada mulanya. 
24 Oct 2011 saya memulakan tugas sebagai kerani di jabatan business development. Ingat lagi, 1st day, semua rakan2 office terkezut bila clerk dorang degree holder. Tapi ada apa dengan sijil kan. Buh tepi jer bila semua xtau.huhu. 1st impression, executive bukanlah yang dah berumur. Opss. rakan2 saya semua 25 ke atas, rata2 first time keje. Baru lah tukar mindset, fresh degree tak lah susah nak dapat kerja. Yang penting, confident dan berani jual diri (opss, bukan jual diri tue la). Impress dengan rakan2 lulusan luar negara yang tak sombong berbanding lulusan sini jek tapi berlagak.uhu.
Pejam celik kat BD, termakan nasihat boss SAS, tak jadi sambung master. Selepas setahun, saya berjaya ditukarkan ke electroplating department. Awkward. Hari2 berlalu tak sebest di BD. Setahun menghadap chemical, production line, hirup dan sedut udara kotor, bekerja dengan Nepal, bekerja overtime tak tentu masa dan sangat tak selesa dengan suasana kerja. Akhirnya, 30hb Aug 2014 is last day kat HTS. This week kira tolak cuti tahunan. Aman dan best sangat. Penat berlakon.uhu

Minggu depan bermula lah hidup sebagai pelajar master. Setelah melalui pahit manis di degree dan tempat kerja, harap akan datang akan dilalui dengan tenang walaupun pelbagai masalah melanda. I want to be cool and calm every second. Wish me to finish my Master less than 2 years and I wish to be a  successful lecturer and entrepreneur. Living with my lovely family.

With love,
achik

Continue-Trip Gopeng


Perkhemahan di tengah hutan, mandi dengan air bukit di dingin subuh. Yang tak menyempat, pukul 3,4 pagi dan berendam dalam sungai. Menggigil uols. Makan jer katering orang kampung sediakan, Kami p ngap jer. 
Di sebelah malam, tengok tarian kebudayaan orang asli. Antara tarian memuja mereka. Orang asli di sana tiada agama, anjing berkeliaran di kawasan rumah mereka. Lucu bila ada kanak-kanak yang mandi sungai disana tak berbaju.uhu.


 Kibarkan jalur gemilang di mana anda berada. Gambar sebelum mendaki
 Singgah di air terjun.
 Ibu-ibu berendam.ehe. Sejam mendaki dan meredah semak baru sampai ke sini
Tapak perkhemahan kami

 
 Pembawa bendera nie pun dah kahwin, dihantar bekerja di Rayong, Thailand
 Si baju merah dan si tudung hitam pun dah resign. Seronok kenal korang. Baju kuning baru je lepas pantang anak sulung. Doakan my turn pulak, nak baby jugak.hikhik
 Hasil anyaman (btul ke eja tue?) sendiri. Cun lagi masa ni.ehe
 Macam tak berani je nak jalan dalam rumah tue. Kami jenguk dari luar je.
 Warga HTS memang bersemangat. Malaysiaku
 CSR- penyerahan barang mentah kepada penduduk perkampungan orang asli

 Kami pun menari jugak. Saya yang sebelah kanan, belakang.
 Lawak la. Kerah jer tangan nak menari.haha
Abang nie pegang serangga warna hijau (xtau name serangga.uhu) Ia menyamar sebagai ranting.eee, geli la kalu terpegang.


Kenangan pahit manis- Semasa mendaki, entah macam mane saya boleh pitam. Semangat sangat. Masa tue saya antara orang ke3 di hadapan, di belakang my bos, SAS (SAS pun dah jadi CEO, congrats boss). Abang2 la yang duk kipas2, bagi air dan sedarkan saya. Malu. Sampai balik office dorang duk perli. Setiap kali jumpa mesti tanya ' tuan ok tuan?'. Bos pun perli jugak, ' ko nie kena banyak bersenam, baru ada stamina.bla bla bla'  Lepas tue, dah slow sikit join CSR.uhu

P/S- bila mendaki atau berjalan jauh, elakkan pakaian gelap, lagi2 tudung. Pakailah tudung yang light, pantulkan haba. Pakai kasut yang longgar, jangan ikat kasut ketat2, bagi kaki selesa. Jangan minum banyak air, cukup sekadar seteguk2. (nie my experience and pesanan orang2 sekeliling, tidak diuji secara saintifik)

With love,
achik

18 Sept 2012

Trip to Gopeng-CSR Merdekakah Aku?

Khamis, 30 Aug 2012
Sangat teruja untuk trip ke Gopeng esok. Walhal lampu suluh, selipar getah xde. Tapi pasrah jela untuk meminjam kat sana nanti. Lepas kerja petang tue, nasib baik my sis-in-law singgah klinik, bolehlah berjalan ke kedai runcit berhampiran beli barang2 keperluan. My sis xsihat, so I drive. Excited jugaklah. Baru kuar parking, tukar gear dua, kete mati kat tengah jalan. Line satu plak tue. Toleh kiri, hand brek xdijatuhkan..huhu..Malu jer.
Lepas maghrib, keluar lagi pegi klinik lagi sebab demam xkurang. Aku dan risau dah (kalau sis xsihat ag, aku kena cancel trip esok.oh noo!)Balik layan anak2 dulu sebab sis nak rehat.Kalau aku yang rehat, xdela trip aku nanti. Bila anak2 tido, baru la aku take time kemas barang2.
Tiba2 cam meriah plak bunyi bunga api. Dalam hati aku, beriya korang nie raya, xabes2 lagi men mercun. Sebelum tido rasa macam nak on fb plak. Baru lah aku tahu rupanya tadi orang men mercun sambut merdeka. Aku plak boleh lupe 31Ogos. Memang xjiwa langsung.


Jumaat, 31Ogos 2012
Lepas punggah2 barang2 masuk bas, kitorang bertolak ke McD. Breakfast dulu. Aku pagi2 memang susah sikit nak makan, xnak memberi kezutan pada perutku. Lagi2 untuk perjalanan yang 3jam gak lah kot. Berhenti di Hentian Rehat Tapah lebih kurang sejam setengah. Alasan, kalau sampai awal pun xtau nak pegi mana. Pekan Gopeng biasa2 jer. Perancangannya sampai2 jer Gopeng kaum Adam bolehlah menunaikan solat Jumaat dulu sebelum kami merentas belantara.

Sekitar pukul 2lebih, sampailah ke hentian pertama. Berlaku pertukaran dari bas ke lori.
Haaa...Semua da excited da.1st time la katakan.

Ke manakah destinasi kami yang seterusnya?